Travelog Padang Besar, Perlis.
Trip ke Padang Besar ni sangat gamble which is aku teringin nak naik kereta api ke utara dan patah balik. Takde plan nak travel around the city pun at first. Lepas ajak adik aku Fatiha Medan dan dia on aku terus bukak website Kereta Api Tanah Melayu untuk beli ticket online pada date yang available. Plan untuk gerak tengah malam ticket yang paling lewat dan sampai sana pada siang hari dan balik malam tu dari Padang Besar yang boleh sampai KL esok paginya. Faham tak journey ni? Which mean 2 malam 1 hari. 2 malam tu tidur dalam kereta api.
Gerak dari KTM Klang petang 1 September ke KL Sentral. Keretapi kitorang bergerak pukul 12.47am dari KL Sentral ke Padang Besar berharga RM24 seorang untuk economy class. Dan balik pada 3 September pukul 7.45pm dengan harga tiket RM48 seorang untuk superior night class upper bed. Katil bawah mahal sikit. Nak jimat kitorang amek katil atas pun orait je.
Dari KTM Klang ke KL Sentral lebih kurang 45 minit at non working hours.
Sebenarnya kitorang terlalu awal sampai. So round NU Sentral makan dulu dan window shopping. Sempatlah terserempak dengan coursemate. Orang lain busy kerja aku busy entah apa.
Lebih kurang jam 12 tengah malam kitorang dah tunggu untuk gerak. Sebenarnya ni first time nak naik keretapi ke utara so agak kalut lah nak pergi koc mana nasib baik ada guard nak tanya koc kitorang belah mana. Ramai jugak orang mungkin nak balik kampung lah tengok gaya. Ada yang dengan backpack mungkin travel terus lagi ke Hatyai aku teka. Sebelum keretapi sampai sempatlah on wifi kat McD KL Sentral sebab nak jimat data hehe.
Masuk keretapi terus sarung sweater/hoodie nak tidur. Mula-mula kematu jugak lah satu malam kena tidur duduk. Tapi dah mengantuk punya pasal terus lena harap tak berdengkur kuatlah masing-masing.
Bangun-bangun dah cerah rasanya ni kat Kedah sebab ada kawasan padi and next pitstop kat Sungai Petani.
Enjoy the view je sebelum sampai ke Padang Besar estimated sampai sana pukul 10.50 pagi. Total lebih kurang 9jam perjalanan. Perjalanan straight paling lama aku pernah alami fuh!
Sampai je stesen Padang Besar kitorang terus ke toilet untuk bersihkan diri sikit sebelum jalan sekitar Padang Besar. Kena manfaatkan siang hari ni sebaiknya. Nak dijadikan cerita, belum termanfaat lagi perjalanan kitorang dah sesat taktau nak keluar ke arah mana. Nak bangangkan diri sendiri pun ada. Kitorang jalan keluar ke pintu belakang. Jalan punya jalan tak jumpa penghujung. Lepas tu kitorang nekad nak patah balik ke stesen keretapi. Nak start dari mula.
Sesat pun chill lagi sempat update ke social media contact kawan-kawan yang pernah ke sini. Gamble!
Rupanya kitorang salah direction. Keluar stesen keretapi patut keluar ikut kanan tapi kitorang ke kiri. Dah keluar dari situ ada sekumpulan pakcik tanya and offer teksi. Kitorang cakap kitorang tunggu kawan sebab taknak nampak sangat taktau nak pergi mana. Sebab aku pernah baca tips kalau travel jangan tunjuk sangat yang kita baru sampai dan unfamiliar dengan kawasan tu takut nanti diambil kesempatan. Itu je yang aku fikir waktu tu.
Padahal memang taktau nak pergi mana sama ada Wang Kelian atau Arked Niaga Padang Besar. Survey harga naik teksi ke Wang Kelian range harga RM60 sorang. Mula-mula nak redah je labur duit lepas tu tanya pulak ke Arked Niaga jauh tak, pakcik tu kata kat depan pekan ni je boleh nak hantar. Lahh kalau dah kat pekan depan ni memang kitorang gamble lagi jalan kaki. Singgah 7e tapau air dengan roti lepas tu tanya akak cashier dia bagitau arked niaga dah dekat dah.
Dan akhirnya kitorang sampai Arked Niaga ni dengan berjalan kaki sahaja guys penat gilerrr.
Arked Niaga ni ada dua tingkat. Disebabkan oleh kitorang ada sehari suntuk maka kitorang telah bercadang untuk window shopping dulu.
Banyak sangat atau memang majoriti kedai jual baju seluar. Selain itu ada jersi dari macam-macam team dan backpack yang aku berkenan tapi akhirnya tak beli pun.
Habis first round window shopping relax jap fikir balik nak beli apa-apa tak.
Lepas tu continued window shopping kat bahagian luar. Macam-macam beg dan toys ada jual kat sini. Harga pun okay tak murah tak mahal.
Waktu ni belum zohor pun tapi dah ter habis round awal sangat. Sebab penat tak hilang lagi kitorang berehat kejap dalam surau. Habis jamak apa yang patut, sebelum asar kitorang dah keluar sambung pusing kawasan tu. Tapi perut lapar, cari kedai makanlah.
Nah, lapar punya pasal so kitorang makan makanan sini. Tomyan thai semestinya lepastu sudah semestinya pulut mangga dan pulut ayam. Sedap giler! Taktau sebab lapar atau memang sedap. Pulut durian tak sempat rasa.
Sambung beli souvenir sikit sebelum gerak balik ke stesen keretapi api lebih kurang pukul 6 petang. Takpelah tunggu sana sejam lebih daripada tertinggal keretapi. Tiket balik KL Sentral tertulis 7lebih tapi rupanya dia ikut waktu thailand which is pukul 9lebih baru keretapi sampai. Nak sambung berjalan memang dah tak larat sangat. Nak round naik teksi duit dah habis plus atm jauh nak berjalan ke sana. Duduk jelah kat surau stesen keretapi ni sebelum announcement keretapi tiba.
Bila keretapi sambil semua penumpang pun turun dan naik ikut koc masing-masing.
Jadi, inilah travel ringkas aku ke Padang Besar dengan keretapi dengan masa yang sangat singkat. Walaupun takde proper plan i would really love to do it again next time! Hehe
Comments