Travelog Cambodia: Phnom Penh

Booked flight ke Cambodia ni awal dari bulan Nov 2015 lagi masa promo Air Asia. Sorang lebih kurang RM200 kalau tak silap sebab dah tak ingat. Pergi dari KLIA2 ke Phnom Penh and balik dari Siem Reap ke KLIA2. Date 10/8/2016 sampai 17/8/2016. Total duit aku bawak untuk makan, hostel, transport ke hulur hilir berjimba semua usd$200 untuk 8 hari. Percayalah seminggu ni lebih dari cukup kalau nak cover Phnom Penh dan Siem Reap. Aku tak plan nak ke tempat selain dua tempat utama ini. Kalau korang ada budget lebih boleh cover Sihanoukville or lain-lain side of Cambodia. 

HARI PERTAMA DI PHNOM PENH.

Untuk bahagian ini aku nak share untuk Phnom Penh. Flight dari KLIA2 ke Phnom Penh pukul 3 petang and sampai sana pukul 3.55 petang waktu Cambodia. Beza waktu sejam. Sesampai kat airport aku terus beli simcard Cellcard. Lepas tu amek tuktuk terus ke The Penh Guesthouse $9/tuktuk. And harga stay 3 hari 2 malam kat The Penh Guesthouse $44.02 untuk dua orang. Aku booked dari booking.com je tak payah bayar dulu. Receptionists sini semua friendly gila banyak tolong kitorang cari bas nak ke Siem Reap sebab bas yang kitorang nak book dah full. Malam tu lepak bilik je.




HARI KEDUA DI PHNOM PENH.

Keluar dalam pukul 11 pagi. Ikutkan package tour setengah hari boleh habis visit main attractions Phnom Penh macam Independent Monument, Central Market, Russian Market, Royal Palace, Wat Phnom, Night Market dan beberapa tempat lain yang ada dalam package tuktuk. Berbaloi kalau naik tuktuk dengan partner sebab boleh share bayar tuktuk $15 untuk tour tempat-tempat tadi.

Tapi macam aku, nak cut off budget semua tempat ni aku pergi jalan kaki je. Agak jauh tapi masih berkudrat. Cuma nak ke Killing Field je naik tutuk. kalau jalan kaki mahu sehari lepas tu tak rasa kaki.
INDEPENDENT MONUMENT






Btw guesthouse kitorang stay ni seberang jalan je dengan Royal Palace. Unfortunately nak masuk and explore tempat ni kena bayar which is kitorang fikir takpelah kot tak dapat masuk sebab nak saving untuk tempat lain. So kitorang cuma go through roughly dari luar sahaja. Waktu petang ramai orang lepak luar kawasan Royal Palace macam berkelah, bagi burung makan, jogging, cycling dan tangkap Pokemon! Kau boleh detect Pokemon trainers everywhere.



Untuk berjalan kaki aku nasihatkan korang ikut je dari Mekong River sebelum belok ke Central Market dan Wat Phnom. Kalau ikut Google Maps memang dia bawa ke jalan belok-belok pening sikit tapi tak salah pun. 


Sampai Central Market memang untuk shopping. Kalau memang ada fund untuk shopping lebih boleh shopping kat sini. Dinasihatkan kalau takde niat nak beli takpayah lah tanya atau tawar harga sebab kalau tak beli penjual tu akan mendengus marah. Aku dah kena! Kita nak survey je tapi kena marah pulak.





Wat Phnom pulak kena bayar $1 untuk foreigners. Ianya cuma satu kawasan dalam bulatan tengah bandar dan kuil di atas. Kalau ada upacara korang boleh tengok penganut dia sembahyang dan di luar ada penjual jual burung untuk dilepaskan. Aku dengar lepaskan burung tu macam melepaskan dosa something like that aku pun tak pasti. Aku duduk tepi sambil perhati je penganut diorang buat apa.


Keluar dari Wat Phnom bersepah tuktuk dan memang kerja diorang untuk cari pelanggan so kitorang naik tuktuk untuk ke Killing Field $15/tuktuk. Dinasihatkan bawa mask sebab kawasan agak berdebu di sepanjang perjalanan. Masuk ke Killing Field pulak bayaran $6 seorang dikenakan. Kaunter sediakan walkman mengikut bahasa pilihan untuk korang lalui kawasan ini mengikut check point sambil dengan sejarah mengenainya. Jadinya kawasan ni agak senyap sebab semua orang tekun mendengar walkan sambil menuju ke checkpoint. Sangat menarik cara ni pada aku.




Restoran halal pun tak susah cari walaupun tak banyak. Google je and on maps terus gerak ke nearest halal restaurant. Selepas cari 2 restaurants tapi both tutup, kitorang makan di The Gulai lega betul jumpa sambal belacan. Ada set nasi, lauk, air tak sampai $8. Selain halal restaurant korang boleh makan buah atau vege foods yang ada kat market. InsyaAllah meyakinkan.


Malam pula boleh hangout disepanjang Mekong River side. Ramai local kat kawasan ni. Yang main bola, takraw, riadah, tidur, mandi, jual beli macam-maca gelagat ada di sini. Ohya, sebelum tu korang boleh juga ke pasar basah local kawasan Phnom Penh. Memang ayam itik la sebab pasar local memang diorang cakap bahasa diorang. 



Bila ke Phnom Penh Night Market baru nampak travellers lain ke sini. Macam-macam benda menarik boleh shopping kat sini. Macam biasa, jangan lupa nego till go. Nak beli souvenirs dinasihatkan survey kedai dan nego sampai jadi. Biasanya kalau nego tapi masih mahal dan kita nak blah kemudiannya peniaga akan bersetuju dengan tawaran kita. Mereka sedar persaingan kuat. Kau akan jumpa penjual jual fridge magnet 1pc for $1. Later on bila kau macam nak blah dia boleh bagi 5pcs for $2. Baju bag atau benda lain pun cuba nego dulu tapi pastikan beli lah kalau betul dia dah bagi murah.




HARI KETIGA DI PHNOM PENH.

Hari ketiga dah tak sure nak buat apa. Ticket bas kitorang ke Siem Reap tengah malam pukul 11. So kitorang decided nak ke Aeon Mall. Hahaha random gila. Keluar guesthouse siap-siap check out and tinggal backpack untuk pickup naik bas malam nanti. Nak ke Aeon Mall Phnom Penh naik tuktuk $2. Tengok wayang Suicide Squad sorang $10. Panggung wayang sini mewah sangat rasa macam orang kaya kejap. Habis round satu mall kitorang balik semula ke kawasan guesthouse. Time tu dah agak lewat petang so kitorang terus jalan kaki ke Phnom Penh Night Market. Kawasan makan disediakan tikar untuk orang duduk makan sambil menikmati awan malam. Lebih kurang nak pukul9 kitorang gerak jalan kaki ke guesthouse ready nak ke Siem Reap.



Nak ke Siem Reap kitorang naik seeping bus Virak Buntham Express $15 sorang. Lebih kurang 6 jam dari Phnom Penh ke Siem Reap. Lena betul aku tidur walaupun sesekali rasa bas tengah drift nak tergolek. Kalau naik siang pastikan bas ada wifi kalau tak pishang jugaklah. Awal pagi pukul 5 dah terpacal kat Siem Reap. Lepak kejap sampai pukul 6pagi kitorang jalan kaki ke hostel nama Boutique Dormitory Kochi-ke untuk satu hari satu malam $5 sorang. Ada tuktuk offer $1 sorang sekali jalan kaki 5minit je belakang company bas adoi nasib baik aku sejenis nak berjimat.



Sampai hostel tidur kat lobby dulu tunggu waktu check in and sambung next entry untuk SIEM REAP.

Comments

farah said…
hai, awak naik sleeper bus virak, bg pendapat dan pengalaman, selamat tak utk org perempuan guna, sbb ada baca negative review ttg bus virak

Popular posts from this blog

Travelog Padang Besar, Perlis.

Travelog Bangkok: Kanchanaburi

Travelog Time Capsule Retreat, Pahang.