Posts

Showing posts from May, 2016

Travelog Bangkok: Kanchanaburi

Image
First day ni kitorang dah plan nak gerak ke Kanchanaburi. Satu benda yang aku careless pasal trip ke Bangkok ni, aku tak alert and tak study sangat pasal route transportation kat sini. Ingatkan ada route keretaapi ke Kanchanaburi tapi rupanya takde. So kitorang naik bas bernombor A1 dari airport ke station bas. Dari pintu masuk station bas nak sampai ke exact kaunter Kanchanaburi bernombor 18 kena rajin bertanya. Harga naik mini bas straight ke Kanchanaburi Station 130tb. Kat station bas ni blehlah kalau nak makan ke bersihkan diri sebab perjalanan nanti makan masa lebih kurang 3 jam.



Macam ini lah rupa mini van di Thailand. Selesa lah walaupun kebas.



Lepas 3 jam perjalanan, kitorang sampai ke Kanchanaburi Station Bus. Sampai sana ingatkan ada kudrat nak jalan kaki ke guesthouse sekali tengok maps terus lupakan niat dan terus cari taxi motor ke Tara Raft Guesthouse 30tb sorang. Penumpang motor kat sini takpayah pakai helmet makan tudung pun terbang terbang hahaha
Sampai guesthouse t…

Travelog Bangkok: Departure

Image
Trip ke Bangkok ni adalah makan masa 5 hari dan 5 malam. Sebab aku gerak satu malam lebih awal dari my travel partner, Farrah. Alkisahnya Farrah dah beli ticket return awal. Bila aku nak beli the exact same date and time jadi mahal nak mampos. So aku beli satu malam lebih awal itupun agak mahal RM315.04 return. Pejam mata jelah. Flight aku 31 March 2016 dari KLIA2 pukul 8.40PM by FD 316 makan masa lebih kurang 2 jam lebih lepas tolak tambah beza masa Malaysia dengan Thailand. Sampai Don Mueng International Airport Bangkok pukul 10 malam waktu Thailand.
Bayangkan, first time naik flight sorang lepas tu dah malam. At first, aku cadang nak stay hotel tapi bila fikir Farrah akan sampai subuh nanti rasa membazir lah pulak nak stay hotel untuk beberapa jam. Sampai sana aku terus cari simkad Truemove untuk 7 days 1.5gb harga 299tb. Kedai dia bila sampai arrival belok kanan.



Untuk malam tu aku decided tidur airport je. Cari ruang menunggu yang ramai orang ada 2 ke 3 seat kosong nak tidur. …