Travelog Bangkok: Departure

Trip ke Bangkok ni adalah makan masa 5 hari dan 5 malam. Sebab aku gerak satu malam lebih awal dari my travel partner, Farrah. Alkisahnya Farrah dah beli ticket return awal. Bila aku nak beli the exact same date and time jadi mahal nak mampos. So aku beli satu malam lebih awal itupun agak mahal RM315.04 return. Pejam mata jelah. Flight aku 31 March 2016 dari KLIA2 pukul 8.40PM by FD 316 makan masa lebih kurang 2 jam lebih lepas tolak tambah beza masa Malaysia dengan Thailand. Sampai Don Mueng International Airport Bangkok pukul 10 malam waktu Thailand.

Bayangkan, first time naik flight sorang lepas tu dah malam. At first, aku cadang nak stay hotel tapi bila fikir Farrah akan sampai subuh nanti rasa membazir lah pulak nak stay hotel untuk beberapa jam. Sampai sana aku terus cari simkad Truemove untuk 7 days 1.5gb harga 299tb. Kedai dia bila sampai arrival belok kanan.




Untuk malam tu aku decided tidur airport je. Cari ruang menunggu yang ramai orang ada 2 ke 3 seat kosong nak tidur. Malam tu berapa jam aku tidur lena, bag dah lock siap-siap kat sebelah mungkin sebab sejuk sejam sekali aku terjaga. Experience tidur airport sambil tawakal.


Tak sabar nak tunggu Farrah sampai sebab dah satu malam tak bergaul. By the way, nak bagitau awal-awal siapa yang bakal pertama kali ke Bangkok atau Thailand, orang sana tak berapa pandai cakap English. Thank god aku dah instal Thai vocab awal-awal just in case rupanya memang banyak cases diorang tak faham apa aku cakap.

Lepas subuh Farrah sampai kitorang terus siap-siap nak ke Kanchanaburi. The journey began...




Comments

Popular posts from this blog

Travelog Padang Besar, Perlis.

Travelog Cambodia: Phnom Penh

Travelog Bangkok: Kanchanaburi