Travelog Bangkok: Kanchanaburi


First day ni kitorang dah plan nak gerak ke Kanchanaburi. Satu benda yang aku careless pasal trip ke Bangkok ni, aku tak alert and tak study sangat pasal route transportation kat sini. Ingatkan ada route keretaapi ke Kanchanaburi tapi rupanya takde. So kitorang naik bas bernombor A1 dari airport ke station bas. Dari pintu masuk station bas nak sampai ke exact kaunter Kanchanaburi bernombor 18 kena rajin bertanya. Harga naik mini bas straight ke Kanchanaburi Station 130tb. Kat station bas ni blehlah kalau nak makan ke bersihkan diri sebab perjalanan nanti makan masa lebih kurang 3 jam.




Macam ini lah rupa mini van di Thailand. Selesa lah walaupun kebas.




Lepas 3 jam perjalanan, kitorang sampai ke Kanchanaburi Station Bus. Sampai sana ingatkan ada kudrat nak jalan kaki ke guesthouse sekali tengok maps terus lupakan niat dan terus cari taxi motor ke Tara Raft Guesthouse 30tb sorang. Penumpang motor kat sini takpayah pakai helmet makan tudung pun terbang terbang hahaha

Sampai guesthouse terus check in dan cari katil badan dah lenguh satu hari tidur pun atas kerusi je malam sebelumnya. Not bad lah untuk budget traveller bilik biasa bukan view tepi sungai harga RM64.08 per night untuk 2 orang.





 Guesthouse ni atas air. Boleh nampak kejiranan kawasan sini bersampan. Lepas mandi rehat kejap kitorang turun bawah nak teruskan explore kawasan Kanchanaburi. Dalam itinerary plan nak ke Death Railway, River Kwai Bridge and Erawan Waterfall tapi sebab takde rezeki tour tutup dah petang kitorang dapat ke River Kwai Bridge sahaja. Jadi kepada sesiapa yang planning ke tempat-tempat ni mungkin boleh peruntukan satu hari dari pagi sampai petang. Kitorang tak sempat sebab esok nak gerak ke Hua Hin pulak.




Perjalanan nak ke River Kwai Bridge tak jauh mungkin korang boleh dan larat nak cycling. Sambil ronda kawasan kampung. Beware anjing banyak tau jangan kelam kabut pulak korang chill je lalu.






 Disebabkan oleh nak mengubati kekecewaan tak dapat ke Death Railway, aku selfie banyak-banyak kat River Kwai Bridge ni and spam Instagram seperti tiada hari esok.




 Nak dapat gambar tanpa manusia ni bukan senang. Depan aku tu penuh orang tengah jalan nak menuju ke aku tapi aku cepat-cepat mintak tolong Farrah snap. You know kecekalan, kegigihan ini amat diperlukan setiap kali travel kalau nak view dan gambar yang diingini.



Bawah bridge ni ada stall kecil-kecil. Ada nenek ni tengah nak tutup kedai tegur aku tapi jadi ayam dengan itik lah masing-masing tak faham. Habis tu kitorang hanya layan view dan tengah telatah visitor lain. Macam-macam gaya orang nak tangkap gambar. Lucu melihatnya.











Ohya, sepanjang kitorang explore River Kwai Bridge kitorang minta jasa drive taxi motor tadi tunggu kitorang sampai nak balik. Dia pun layankan je. Habis explore ingatkan nak makan kat kawasan terdekat je perut pun dah lapar gila tak makan benda berat dari malam nak berangkat kot. Namun hampa semua makanan aku tak rasa yakin nak makan melainkan beli satu plastik buah buat bekalan just in case memang takde makanan.

Lepastu kitorang google halal food area Kanchanaburi, ada lah result and review dari traveler lain. Ada kebab dalam review tu tapi driver taxi motor tu taktau kewujudannya pun. Lastly dia bawa kitorang ke kedai makan muslim. Ya Tuhan lega dia hati jelah yang tau sebab dapat makan nasi at last. Restoran halal ni terletak berdekatan dengan Mitsubishi showroom. InsyaAllah kalau tanya local diorang tau.




Bila tengok balik gambar makanan ni rasa terliur pulak. Satu hari tak dapat makanan dah macam ni perasaannya terus terbayang orang kat luar yang tak berkemampuan. Terus rasa syukur nikmat.


Sekian perjalanan ringkas ke Kanchanaburi. Esoknya nak ke Hua Hin. Apa pulak adventure lepas ni...


Comments

Popular posts from this blog

Travelog Padang Besar, Perlis.

Travelog Time Capsule Retreat, Pahang.