Travelog Port Dickson, Negeri Sembilan.

Okay ini adalah #kembaraben paling latest 14-15 November 2015 sebelum aku update trip #kembaraben yang sebelum-sebelum ni ke Penang, Kuantan, Ipoh, Sarawak dan lain-lain. Search for #kembaraben on instagram weh support kitorang by like pun jadi lah hehe. Plan nak ke PD ni sebenarnya nak chill kat Grand Lexis je which is nak stay dalam tu sahaja no outdoor activities so might be bored untuk diupdate. Nvm. Btw cost nak stay Grand Lexis yang ala gah ni around RM800++ untuk 4 orang tapi kitorang 5 orang tapi last minute one of the member sakit tak dapat join. Semoga cepat sembuh.

Perjalanan dari Shah Alam nak ke PD ni pun cuma ambil masa tak sampai 2jam pun tapi kitorang sampai lambat check in 5pm so ada rugi 1jam lah. Ha ye check in sini 4pm tak macam hotel biasa 12-2pm dah boleh check in kan. Bayar mahal kalau boleh taknak rugi seminit pun. Sesiapa yang nak stay sini you guys boleh terus book kat Agoda or Trivago ar memana jelah yang boleh and have fun!


2 queen bed selesaaa sangat untuk 4 orang.


Cepat-cepat ambil gambar berempat sebelum berendam dalam swimming pool.


Nasib baik ada pelampung kahkah


Disebabkan taknak keluar bilik langsung, kitorang order Dominos je for dinner. Tapi kena gerak ke lobi lah beriye ingat delivery depan pintu terus. Aktiviti selepas itu adalah sendiri faham lah ye kawan-kawan hehe





Check out 12pm esoknya memang ngam-ngam. Lepas tu ronda PD nak carik makan dulu.



View memang nice sebab dah tak jerebu kan alhamdulillah.

Google tempat best nak makan jumpa Cowboy Place ni jatuh tangga pertama kat list JJCM so why not kita try. Korang waze je Cowboy Place nanti dia tunjuk jalan. Tak jauh pun dari nak keluar PD. Lepastu singgah cawangan Cendol Bakar dekat je dengan Cowboy Place.



Memang makanan utama kat sini nasi kukus ayam panggang. Kena beratur sendiri k nak order walaupun memula blur nak order macam mana meh aku bagitau sesiap, beratur bawak dulang nanti terus order nak berapa set. Air satu jag RM10 tapi rezeki kitorang haritu meja sebelah belanja 1 jag jus tembikai sebab diorang terlebih order katanya. May God bless!

Comments

Popular posts from this blog

Travelog Padang Besar, Perlis.

Big Bad Wolf Aftermath Sale.

Travelog Time Capsule Retreat, Pahang.