Travelog Time Capsule Retreat, Pahang.
Okay trip #kembaraben yang ni dah plan since bulan February 2015. Tapi disebabkan Time Capsule fully booked and owner bagitau ada kosong on April, so kitorang postponed ke April. Lama nak tunggu semata nak pergi Kuantan je. On that time, capsule ni harga RM119 per night kitorang amek 2 capsules jadi RM238. Aku booked through whatsApp je dengan owner Mrs Young korang google je website Time Capsule Retreat untuk contact number.
Tak ingat gerak pukul berapa tapi pagi subuh kitorang dah sampai rnr Genting untuk solat and isi perut.
Sampai je kat Sungai Lembing, Kuantan kitorang singgah dulu ke Air Terjun Panching sebelum check in Time Capsule Retreat.
View nice sangat untuk simply berpiknik or mandi manda.
Lepas tu baru menuju ke tempat yang nak ditiju. Sesat jugak mula-mula sebab takde direction atau papan tanda tempat ni entah sampai kemana sebelum tanya dengan orang kat situ baru lah jumpa.
Sampai je terus jumpa owner and check in. Senang sangat check in takde computerized apa-apa pun. Tapi sekarang taktau lah sekarang sebab dengar cite tempat ni dah famous and lebih banyak pilihan selain capsule.
Bahagian depan rumah ni ada dapur and perkakas bbq kalau guest nak guna. Dalam rumah pun boleh stay sesuai untuk family or group besar.
Kitorang pilih untuk stay sebelah-sebelah.
Nice gilerrrr kan dalam capsule ni? Memang konsep katil je dalam ni. Kat luar ada meja kerusi nak lepak. Btw aku lupa nak snap gambar toilet and toilet dia sangat bersih untuk backpack light macam ni.
In love betul masa sampai sini.
Habis check in round kawasan sekejap, kitorang paid untuk round Sungai Lembing. Tapi sebelum tu request nak makan dulu sebab lapor tak makan lagi.
Kawasan orang tempatan kat Sungai Lembing. Masa kitorang lalu ramai budak-budak tengah main yang bogel pun ada haha
Lepas tu yang guide kitorang tu bawak round Sungai Lembing. Ada satu air terjun famous kat sini iaitu Air Tejun Pelangi tapi kena bangun pagi untuk hiking ke sana dan kitorang decided tak nak pergi sebab takut tak bangun. Bukit Panorama pun tak naik sebab takde proper attire untuk hiking. InsyaAllah kalau ada rezeki next time boleh travel sini lagi.
Habis round kawasan penempatan Sungai Lembing kitorang di drop kan ke jambatan gantung ni.
Ok next is balik capsule and siap nak ke Kuantan pulak.
Sebab masa kitorang kat sini sangat limited, kitorang cuma sempat singgah ke Teluk Cempedak je untuk makan dan round pantai. Walaupun sekejap sampai ke capsule lewat malam jugak termasuk sesat dan jalan balik sana agak sunyi dan seram huhuhu
Gigih wey buat projek shadow ni.
DAY 2
Hari ni cuma keluar breakfast kat kawasan tempatan sebelum check out and visit muzium dan lombong bijih timah. Korang mesti familiar kan masa belajar sejarah dengan kawasan bijih timah Sungai Lembing.
Jalan pekan dan pasar yang bukak cuma hari minggu.
Balik capsule semula bersiap untuk check out and teruskan roadtrip.
First kitorang ke Muzium Sungai Lembing which is beberapa km je dengan kawasan Time Capsule Retreat ni. Banyak lagi barang tinggalan zaman penjajah yang dipamerkan. Dan lepas tu kitorang terus ke perlombongan bijih timah.
Nak masuk sini ada bayaran dikenakan tapi maaf sangat aku tak dapat nak ingat berapa ringgit tapi berbaloilah dengan pengalaman yang kau akan dapat masuk kawasan perlombongan. Rasai sendiri macam mana suasana kat dalam ni. Lebih kurang 500m pertama pengunjung akan dibawa masuk dengan menaiki mini train ni sebelum berjalan sendiri ke kawasan seterusnya. Excited!
Okay lepas diturunkan korang perlu berjalan sampai ke lorong keluar. Terowong dia besar ni je tapi kawasan dalam akan lebih gelap. Jangan risau ada pekerja yang jaga kawasan ni atau check point. Tak semua kawasan boleh masuk lagipun ni peninggalan lama kan kena hati-hati juga.
Dah sampai lorong keluar.
Dari hari sebelumnya lagi target nak makan abc kat gerai tepi jalan area Pekan Sungai Lembing ni.
Ya Tuhan keropok lekor dia sekeping ni 10-20sen je mana nak dapat!
Habis makan yang banyak kitorang terus balik ke Shah Alam sebab esoknya masing-masing dah start kuliah/kerja. See ya on next #kembaraben!
Comments