Travelog Langkawi.

Trip ke Langkawi dah lama sebenarnya lebih kurang awal tahun 2015. Sekarang dah akhir 2015 which is banyak lagi trip yang aku nak tulis dalam blog ni sebagai kenangan atau rujukan kendian hari. Pertama sekali, flight trip ke Langkawi ni beli waktu promo return around RM75 seorang kalau tak silap. Stay hotel untuk 3 hari 2 malam around RM60 seorang dan sewa kereta RM100 sepanjang kat sana tong-tong 4 orang. Aku rasa bajet aku ke sana lebih kurang RM300 je. Ini anggaran je sebab dah tak ingat sangat menyesal pulak lambat write up this trip.

So lepas sampai Langkawi International Airport (LGK) tunggu brader kereta sewa terus kitorang check in hotel kat Kuah. Hotel ni jauh sikit dari airport dan tak sampai 5 minit drive ke Dataran Lang.




Sampai Dataran Lang duduk-duduk kejap lepas tu bergambar semua sudut hehe.
Aku rasa burung helang ni memang gambar wajib bila sampai Langkawi.


Masuk dalam bangunan sebelah tugu burung helang ni boleh usha souvenir. 
Bagi aku cukup fridge magnet for self collection. Untuk family beli coklat penuh satu beg.


Search for #projekaki_tiramed on instagram @athirahmedan hehe

Belah malam kitorang drive jauh ke Pantai Cenang konon nak cari makan kat sana. Nasib baik jumpa kedai makan sedap. Night life sana meriah sebab tepi pantai kan ramai mat salleh orang kita pun ramai jalan area sana. Park kereta lepas tu jalan kaki round sepanjang road. Banyaaaak kedai menarik tapi baru jalan sekejap kedai banyak tutup so we decided untuk datang sana lagi esoknya.




 DAY 2

Ok hari kedua kitorang ke Langkawi Sky Bridge lebih kurang 45 minit dari Kuah. Disebalik Sky Bridge ni ialah Gunung Mat Jinjang. Nak dijadikan cerita masa kitorang beratur nak beli tiket naik cable car ke sky bridge ni ada announcement angin kuat kat atas so the journey terpaksa delayed dulu. Sempat lah kitorang round Cultural Village kat bawah sambil cuci mata. By the way sorry aku tak ingat harga nak naik cable car ni tapi boleh check out their website for latest promotion and combo price k guys.


View kat Oriental Village ni nicee sangat belakang di tu lah Gunung Mat Jinjang.



Lepas angin dah okay baru kitorang dibernarkan naik cable car. Sebelum naik cable ada show dalam Sky Dome which is dah included dalam harga tiket. Kitorang tak masuk 3D Art pun.




Timing tak berapa cantek sebab bridge kat atas nun was under construction sebenarnya. So kitorang terpaksa hiking sikit untuk ke bridge. Walaupun tak jauh tapi semput jugaklah.







Lepas bersesak nafas hiking naik atas ni, the view are worth it! Sebenarnya itulah ganjaran hikers kat luar tu sebenarnya lepas bertungkus lumus hike untuk view yang masyaAllah cantik sangat! Lama jugak kitorang habiskan masa kat atas ni nak bagi berbaloi panjat penat-penat kan. Gayat tu confirm, ada jalan yang dia letak cermin je nak tengok bawah, gayat giler weh!

Habis tu kitorang gerak ke Makam Mahsuri. Tak masuk dalam pun just round keliling tengok souvinier ada lah diorang terbeli minyak gamat ke apa entah. Sokong produk tempatan guys.



Ni kawasan depan dimana letaknya makan Mahsuri. Tempat ni memang one of tourist attraction kat Langkawi. Siapa yang taktau kisah Mahsuri mesti ada belajar sejarah dulu masa sekolah kan hehe.

Sekejap je kat sini lepas tu kitorang decided untuk borong coklatttt kat Kumpulan Haji Ismail Group. Tak cukup kat sini kitorang sambung  pergi The Zon Duty Free. Waktu ni aiskrim gulung baru nak famous so kitorang try lah beli, kagum jugaklah tengok live kegigihan akak tu buat aiskrim gulung.




Cuci mata sikit tengok coklat coklat banyak macam ni. Dah habis tu kitorang pergi semula ke Pantai Cenang sebab malam sebelumnya tak sempat jelajah habis pantai and the road.



 Jalan punya jalan, satu kedai ni aku sangaaaat interested yakni kedai buku. Kedai buku ni menjual buku-buku terpakai bahasa asing seperti English, Jerman, Sepanyol, Belanda, Rusia Arab, Perancis, Itali Finlang, Jepun, Korea dan lain-lain. Pemilik kedai ini orang tempatan so kalau korang pencinta bau buku lama datang sini cari kedai buku ni nama Your Language Books Corner, okay?


Habis round kedai sepanjang jalan kitorang lepak Pantai Cenang sekejap. Habis tu terus balik hotel nak packing sebab esoknyanya lepas check out terus flight balik Subang dah.


Belakang hotel kitorang kat Kuah ni ada pantai boleh lepak petang-petang macam ni. 
Siapa cakap dalam Malaysia pun tak boleh travel tempat nice walaupun cliche? Hehe



Comments

Popular posts from this blog

Travelog Cambodia: Phnom Penh

Travelog Padang Besar, Perlis.

Travelog Bangkok: Kanchanaburi