Travelog Pulau Pinang: Penang Avatar Secret Garden
Assalamualaikum. Aku mulakan travelog tahun ini dengan last minute plan ke Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam. Maka, tak banyak tempat dapat aku dan team cover sebab tujuan utama kami untuk jalan-jalan cari makan. Untuk ke Penang Avatar Secret Garden ni tak susah. Waze sahaja lokasi nanti Waze akan bawa ke Tai Pak Kong Temple sebab Avatar Secret Garden ni bersebelahan dengan temple tersebut. Sampai di lokasi, adalah lebih baik parking di kawasan luar kerana khuatir kawasan dalam penuh. Almaklum, tempat tengah viral. Bayar RM5 untuk parking seterusnya korang jalan menyusuri orang ramai yang turut sama menuju jalan masuk. Korang akan lalu di persimpangan rumah Chinese dulu kemudian baru masuk kawasan situ. Sambil jalan tu boleh beli air atau snacks kat uncle aunty dari rumah situ. Sebelum nak memasuki Avatar Secret Garden, kami ke na bayar RM5 lagi maybe as entrance fees untuk kebajikan kawasan tu its okay lah kot. And of course perlu datang waktu malam sebab nak tengok lampu k